Friday, November 6, 2009

Im Ok

dah lame tak update pasal life dalam blog ni. rindu pun ada jugak. time dulu-dulu, tak keje. memang ashik meng-update blog je. tapi sekaranng, haraaam. haha. q= D biase la, orang dah keje. mase pun tade. bile keluar gi keje, nampak lagi matahari. bila balik, memang susah nak nampak matahari. nak buat macam mane? mencari rezeki. hehe. bila sampai time malam, melepak sampai ke subuh. memang tade mase la nak update kaan. tapi, malam ni, rase nak update. apa laaaagiiiii. bace la coretan hidup ku ini. haha. tu pun kalau ade orang nak bace.

hmmm, macam tak sangka pulak. tup tap tup tap, dah setahun aku keje kat astro ni. rase macam cepat je masa berlalu. bole tak kalau nak undur balik masa tu? tape la, dah tau jawapan nya. memang tak bole. adeeesss. for the past year, banyak bende jadi. i meet alot of new people, i've been in and out of relationship dan mostly saya belajar banyak tentang hidup. betuuul, tak tipu. hehe. tapi kaan, yang paling bessttt sekali. berat badan ah weih. seblum masuk astro, berat badan 60. pastu, naik 75kg siut! sume dah cakap aku gemuk. tensi tensi. tapi sekarang dah turun balik, 70 :) kalau nak dapat 60. susah skit laa kut. tapi, aku tetap akan berusaha. hehe.

pasal relationship, aku rasa aku nak jadi bujang sementara. tak nak attach to any relationship. aku bahagia dengan kawan-kawan sekarang. bestttt! memang superb! dalam mase setahun nie, aku ended relationship yang dah kami built selama hampir 2 tahun. tapi, takpe. still araite. hehe :) kami masih berkawan sehingga sekarang. ayat sangat tak bole bla kan? haha. anyway, selepas broke up, aku jumpa yang baru. tapi tak lame, 3 bulan je kut. maybe i was not ready to build any relationship that time. memang salah aku. tapi, aku tak nak hurt sape-sape. so better let go orang tu daripada kita attach lama-lama. betul tak? (",) alamaaak, tetibe pulak kelua lagu hoobastank, the reason. cam gampang! hahah. q= D

pasal family, sekarang aku jarang bersama family tercinta. mane tak nya, bangun pagi, balik malam, lepak kejap dengan family, pastu keluar balik dengan kawan. kalau tak lepak dengan kawan, aku duduk sorang-sorang dalam bilik. layan net. teruk betul aku nie. aduiii. rasa sangat bersalah wei. dulu keje kat tempat lama kan, aku banyak berborak dengan dorang. sekarang, jarang sangat. mungkin lepas ni, aku patut spend time dengan dorang lebih. tatau la, aku rasa macam sekarang aku lebih banyak buat hal sendiri. aku rasa aku tak nak beban kan dorang dengan masalah aku. tak kire la dari segi fizikal, mental, ataupun financial. cukup-cukup la dorang dah sara aku selama 20 tahun. kalau bole sekarang aku rasa nak sara dorang, tapi gaji tak mencukupi untuk sara sepenuhnya. :(

pasal keje, macam tu la. saya tak bole comment banyak. tapi sekarang ni, aku bersyukur dengan apa aku ade. cukup makan, cukup untuk sara diri aku, yang penting cukup untuk enjoy. hehe. alaaaa, enjoy bukan gi party ke, gi clubbing ke, tapi enjoy melepak kat mamak, minum air bergelas-gelas sampai ke subuh. :) itu barulah hidup enjoyyy. hidup ber-party ni, dah tade, dah hilang mood untuk sume bende tu. dah bosan dengan bende tu dan saya tak nak membazir duit untuk bende yang bukan-bukan. hehe. saya dah jadi budak baik. :) betuuul.. tapi duit untuk ber-shopping, memang tak cukup. dah bape bulan ni aku tak beli t-shirt. toloonggg lahhh sponserrrr. :D

pasal kawan-kawan, aku jumpa ramai kawan baru. kadang-kadang aku thankful sangat sebab aku keje kat tempat baru ni. ramai kawan yang bole happy sama-sama dan bole sedih sama-sama. walaupun, kami banyak bergurau, banyak beborak kosong, tapi kadang-kadang dorang ni bole membantu aku dari segi mentally. dorang buat aku sedar tentang banyak bende. terlampau banyak sangat.

sekarang hidup aku okay di samping keluarga dan kawan-kawan. ramai orang cakap, aku masih muda, banyak lagi aku kene belajar. tapi, apa pun dugaan dan ujian yang tuhan berikan, aku akan hadapi bende tu dengan tabah. insyallah.

sampai di sini sahaja lah warkah untuk freeda's diary! saya lapar, nak masak nugget :) sekian.

2 comments:

Anonymous said...

hahaha. best doe bace blog u. i tahu u syg i sbb tu la tak bole dgn dia. hehe . joke!! babe, i miss you la! lepak jom :D feeka

Anonymous said...

cm gampang! haha. jom! i on jee. -frida